Dira yang sedang direhatkan daripada rancangan Melodi menerima tamparan hebat apabila penerbit Melodi menyatakan yang Dira kurang sesuai untuk mengacara Melodi. Menurut penerbit Melodi, sama ada Dira ada atau tiada, rating Melodi tetap sama.
Kata Azman Abd Ghafar yang merupakan penerbit Melodi:-
Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya. Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira mungkin bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan. Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan perbezaannya.Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak. Biarlah kes dia selesai dahulu.
Nampak gayanya kemungkinan besar kita semua tidak akan dapat melihat kelibat Dira di dalam Melodi lagi. Abang Nara rasa best je Dira mengacarakan Melodi. Mungkin ada benarnya tak wujud keserasian dengan Zizan. Tapi itu mungkin disebabkan Dira tidak memahami cara Zizan membuat lawak. Apa pendapat anda? Wajar ke Dira dikeluarkan terus daripada Melodi atau diberi peluang sekali lagi?Kredit info Mstar.