Sudah lama juga kita tidak lihat pelakon Dira Abu Zahar muncul di kaca televisyen, tiba-tiba kami dengan berita bahawa beliau sudah meninggalkan dunia seni.
Berita itu diumumkan oleh Dira sendiri menerusi akaun Twitternya dua hari lepas. Menerusi portal BH ONLINE, Dira yang mempunyai  Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, kini mahu fokus pada bidang tersebut dan mahu menawarkan nasihat perundangan kepada penggiat seni yang lain.
Sudah tiba masanya saya tampil dan mempraktikkan bidang undang-undang yang dipelajari bagi membela nasib insan seni seperti saya. Oleh kerana saya sayangkan industri ini, maka saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengubahnya.
Seseorang perlu menyuarakan pendapat melalui medium yang betul bagi mewujudkan undang-undang yang difahami oleh penggiat seni dan orang luar. Ramai yang melihat industri hiburan sebagai dunia popular namun hakikatnya ia ‘sakit’.
Dira tidak mahu seseorang penggiat seni itu hanya dihargai apabila mereka sudah tiada. Oleh itu, beliau mahu membela nasib mereka bermula sekarang.
Saya tidak mahu industri seni dipandang remah kerana kita turut sama menjana pendapatan kepada negara. Kebanyakan anak seni dihargai dan mendapat pembelaan hanya apabila sudah tiada. Kenapa perlu tunggu sehingga saat itu?
Niat Dira untuk membela nasib penggiat seni haruslah dipuji, semoga anda berjaya mengubah nasib mereka untuk lebih dihargai pada waktu sekarang. All the best to you..