Dira Abu Zahar Dilantik Sebagai Timbalan Speaker Wanita Pertama DUN Melaka

Hiburan

Dira Abu Zahar Dilantik Sebagai Timbalan Speaker Wanita Pertama DUN Melaka

Pelakon, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar telah dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN, sekaligus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut.

Dira Abu Zahar
2 years ago

Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Dira Abu Zahar Kini Jadi Wakil Rakyat Di DUN Rim, Melaka

Advertisement

Dira yang merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin, sebelum ini telah memenangi kerusi DUN Rim.

Lebih menggembirakan kerana ia merupakan kali pertama Dira mempertaruhkan nasib pada PRN Melaka lalu.

Dira mula bergiat aktif dalam dunia politik sejak tahun 2015 dan beliau juga merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam di Universiti Malaya.

Dalam pada itu, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas semalam menyaksikan veteran politik, Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.

Perlantikan tersebut bagi menggantikan Datuk Ab Rauf Yusoh yang memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...