Ditumbuk Bertubi-Tubi Di Tepi Kaki Lima, Aliff Aziz Buat Hal Lagi!

Hiburan

Ditumbuk Bertubi-Tubi Di Tepi Kaki Lima, Aliff Aziz Buat Hal Lagi!

Sejak bercerai dengan Bella Astillah, makin menjadi-jadi perangai Aliff Aziz ini!. Mulanya nampak macam dah insaf tapi buat perangai pula apabila bergaduh di tempat awam. Selepas itu elok semula dan nampak macam dah baik balik dengan bekas isterinya.

aliff aziz

Advertisement

Tapi mengejutkan apabila baru-baru ini tersebar satu video memalukan apabila penyanyi yang berasal daripada Singapura itu dilihat telah ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki di tepi kaki lima.

Dengan hanya bersarungkan singlet putih dan seluar pendek, Aliff kelihatan longlai apabila dibelasah teruk di kaki lima sebuah restoran di Singapura. Ingatkan tough sangat, namun dapat dilihat dia melarikan diri ke seberang jalan pada akhir video itu.

Katanya penyanyi itu sedang mabuk dek penangan arak semasa kejadian itu berlaku dan dia bernasib baik kerana pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa. Punyalah teruk sampaikan dia terpaksa dipapah keluarlah oleh orang di sekelilingnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat mereka dengan perangai Aliff yang tidak pernah matang ini. Walhal sudah punyai anak tetapi sepertinya dia tak pedulikan imejnya sebagai seorang bapa.

aliff aziz tular bertumbuk

Dah kalau seminggu sekali tular bergaduh dekat tepat awam, macam manalah orang lain nak percayakan Aliff Aziz lagi. Dengar cerita Bella Astillah macam nak terima semula bekas suaminya ini, boleh percaya ke?

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...