Ustaz Pukul Hingga Telinga Berdarah & Lapan Bulan Dikurung, Bekas Penghuni Dedah ‘Darkside’ Rumah Amal GISBH

Trending

Ustaz Pukul Hingga Telinga Berdarah & Lapan Bulan Dikurung, Bekas Penghuni Dedah ‘Darkside’ Rumah Amal GISBH

Seorang pemuda yang merupakan bekas penghuni di salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan Global IIkhwan Services & Business Holdings (GISBH) berkongsikan kisah perit yang dilalui olehnya.

Didera, hidup menderita sejak kecil

Dakwa pemuda yang enggan mendedahkan identitinya itu, dia telah ditampar oleh penjaga rumah terbabit hingga menyebabkan telinga berdarah dan dikejarkan ke klinik.

Advertisement

Penderaan saya paling teruk. Ketika itu sedang berselawat selepas solat tapi saya bersembang dengan rakan, saya main-main dan bergurau senda.

Rumah amal GISBH

Mengimbau kembali kenangan pahit itu, pemuda itu berkata seorang penjaga rumah amal yang dipanggil sebagai ustaz itu darah dari arah belakang lalu menamparnya hingga terkena bahagia telinga.

Doktor tanya pihak penjaga tapi diberi jawapan lain. Dia cakap kononnya saya bermain dengan kawan-kawan dan jatuh tangga.

Dikurung selama lapan bulan, tak boleh bercakap

Dalam pada itu, dia berkata dirinya dipindah ke sebuah rumah amal lain yang dikatakan sebagai penempatan anak yatim sedangkan masih mempunyai ibu bapa pengikut GISBH.

Kami ditempatkan dalam bilik kecil yang memuatkan 21 orang. Ada satu hari saya buat salah, saya dikurung selama lapan bulan. Sepanjang tempoh itu, selama dua bulan saya kena menghadap kiblat, tak boleh bercakap dengan sesiapa.

Rumah amal GISBH

Selepas dibebaskan dari bilik kurungan itu, pemuda terbabit mengalami gangguan mental tetapi pihak rumah amal itu menganggap dirinya terkena gangguan makhluk halus kerana enggan masyarakat tahu punca disebaliknya.

Pemuda tersebut turut memberitahu ibu bapanya masih merupakan pengikut GISBH, tapi dirinya melarikan diri kerana tidak sanggup menderita hidup seperti itu.

GISBH
3 months ago

"Bapa Ada 34 Anak Tapi Cuma Kenal 2 Saja, Kanak-Kanak GISBH Didoktrin Sebagai 'Anak Yatim'.." - Ketua Polis Negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...