Dipukul Guru Hingga ‘Berbekas’, Ibu Buat Laporan Polis Anak Cedera

Trending

Dipukul Guru Hingga ‘Berbekas’, Ibu Buat Laporan Polis Anak Cedera

Kesal dengan perbuatan seorang guru yang bertindak memukul anaknya sehingga mendatangkan kecederaan, seorang ibu nekad membuat laporan polis.

Menurut laporan Kosmo, anak lelakinya itu merupakan murid tahun tiga sebuah sekolah berdekatan Kuala Kedah.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, wanita berusia 32 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian pada pukul 4.36 petang ini.

“Pengadu mendakwa dia menyedari kecederaan dialami anaknya yang berusia sembilan tahun ketika mahu menjemputnya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi”

“Kecederaan melibatkan bahagian lengan sebelah kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya”

Menurutnya, mangsa kemudian mendakwa seorang guru memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

dipukul guru hingga cedera

Proses siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Apa pun, kita tunggu hingga siasatan selesai ya. Semoga ada pencerahan dari kes yang sudah diselitkan bukti ini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...