Seorang lelaki yang merupakan anggota satu Unit Komando Tentera Rejimen 11 Gerak Khas Sungai Udang ditemui cedera dalam apa yang dipercayai sebagai satu percubaan membunuh.
Pada 17 April pukul 1.05 pagi dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kem Sungai Udang motorsikal milik komando itu telah ditahan di kawasan gelap simpang berhampiran Taman Peruna oleh empat orang lelaki yang memukulnya tiba-tiba menggunakan kayu.

Kemudian tangan kanan beliau digari kepada sebelah kakinya. Kedua-dua kakinya juga diikat dengan batu. Mangsa seterusnya dibawa ke Sungai Timun, Rembau Negeri Sembilan untuk tujuan yang sama iaitu dihanyutkan. Mangsa kemudiannya dijumpai orang awam di sekitar kawasan berhampiran.
Polis yang dihubungi orang ramai telah membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah. Mangsa kini sedang menunggu untuk dipindahkan ke Hospital Melaka .
Beliau bernasib baik kerana masih terselamat. Bersama kita doakan keselamatan beliau.
