Dipuk*l & Dijolok Dalam Longkang, Kisah ‘Manis’ Si Kucing Putih Jadi Tumpuan – “Pelaku Lelaki Warga Emas Sudah Ditahan, Mengaku Buat”

Kehidupan

Dipuk*l & Dijolok Dalam Longkang, Kisah ‘Manis’ Si Kucing Putih Jadi Tumpuan – “Pelaku Lelaki Warga Emas Sudah Ditahan, Mengaku Buat”

Seorang wanita di Segamat meluahkan rasa marah dan kesedihan selepas kucing peliharaannya yang diberi nama Manis hampir dibunuh oleh seorang jiran ketika beliau sedang bersiap untuk ke tempat kerja pada 13 Mei lalu.

Menurut wanita itu, beliau menyedari kucingnya hilang sekitar jam 11.12 pagi di rumah mereka di Taman Yayasan. Usahanya mencari Manis bermula dengan menyoal jiran-jiran dan memeriksa setiap lorong di kawasan perumahan tersebut.

Advertisement

manis kucing dipukul

Semasa dalam perjalanan pulang, wanita itu ternampak seorang lelaki warga emas sedang mengacah sesuatu di dalam longkang. Apabila lelaki itu melihat ke arah wanita tersebut, dia segera masuk ke dalam rumahnya, yang membangkitkan syak wasangka wanita itu untuk memeriksa longkang tersebut.

Rasa cemas bertambah apabila dia menemui kucingnya yang terperangkap di dalam longkang, dengan keadaan kepala yang bengkak dan wajah berdarah. Wanita itu mendakwa lelaki terbabit telah cuba untuk menenggelamkan Manis, malah kucing tersebut didapati mengalami kecederaan serius akibat dipukul.

Manis segera dibawa ke klinik veterinar untuk rawatan dan pemerhatian. Wanita itu memberitahu kucingnya masih dalam keadaan tertekan dan gelisah, namun sudah mula makan sedikit. Dijangkakan, Manis perlu menjalani sinaran X-ray akibat kecederaan yang dialami.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wanita itu telah membuat laporan polis, dan lelaki berkenaan ditangkap pada hari berikutnya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang berumur 70-an membuang kucing itu ke atas tanah sebelum melemparkannya ke kawasan sebuah rumah kosong.

Dalam siasatan, lelaki tersebut mengaku menyerang kucing itu kerana berasa terganggu dengan kehadiran haiwan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung
2 hours ago

Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...