Pelakon jelita, Fazura akui dia tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dia dipertemukan jodoh.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, ia memaparkan Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin sedang membuat tutorial tudung.
TIba-tiba, seorang individu yang merupakan pekerja Fazura membaca komen yang ditinggalkan oleh netizen memuji kecantikan dan seri wajah pelakon itu seperti ingin bernikah.
Setelah mendengar pujian tersebut, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin ini dengan penuh bersahaja meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Walau bagaimanapun, Fazura memberitahu buat masa sekarang dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada anaknya, Fatima dan kerjayanya.
Namun, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan Allah SWT untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya.
Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya. dan Fatima. Doakan okay.
@aiteetalhah Fazura berharap bertemu jodoh terbaik.#fazura #jodoh #jodohpastibertemu #nikah #fypmalaysia #fypindonesia #brunei ♬ original sound – officialnohsalleh