Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia, Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

Kemunculan komposer Yonnyboii menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana dalam program Immortal Song Malaysia baru-baru ini telah mendapat pujian melambung daripada netizen di luar sana.

Mana tidaknya, pembawaan lagu lama nyanyian M Nasir dalam nafas baru iaitu irama Jazz itu nampaknya telah mencuri hati peminat muzik di luar sana.

Advertisement

Ketika meninjau ruangan media sosial, rata-rata netizen menganggumi kebolehan serta bakat yang dimiliki oleh komposer lagu ini.

Dalam pada itu, Yonnyboii yang sebelum ini ditemui media mengakui dia sebenarnya tidak pandai menyanyi dan tidak dapat mendalami rentak balada dengan baik.

Ini berikutan lagu Sakit nyanyian duet bersama Zynakal telah berjaya memperoleh hampir 12 juta tontonan di Youtube setakat ini.

Advertisement

“Saya pun tak tahu bagaimana lagu Sakit boleh diterima baik walaupun sejujurnya saya tak pandai menyanyi. Saya sebenarnya lebih fokus kepada penulisan lagu, malah memang saya tak pandai nak menyanyi rentak balada seperti yang dijangka,”

Yonny yang juga seorang penyanyi rap sebelum ini pernah berduet dengan dengan K-Clique, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan juga Siti Sarah dalam lagu hasil ciptaannya sendiri.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top