Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa yang sering berkongsi aktiviti sehariannya di media sosial sering menjadi sorotan warga maya terutama peminat aktres itu.
Baru-baru ini, aktres itu dipuji warga maya kerana sering mengemas kini kehidupan peribadi selain pandai menjaga suami.
Namun, ada yang mengkritik Intan gara-gara penggunaan ‘filter’ dalam foto bersama anak dan suaminya baru-baru ini.
Kata individu itu, penggunaan ‘filter’ berlebihan telah menampakkan suaminya tidak asli dan jauh daripada rupa sebenar.
Maklum dengan kritikan itu, Intan kemudiannya menyelar tindakan netizen yang gemar mencari salah dan aib.
Nak edit muka jadi bujur ke, 3 segi ke, macam alien ke, suka hati la, janji tak kacau orang. Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah. Korang ni memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup.
Pelakon Intan Najuwa selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada Ogos 2023 dalam sebuah majlis tertutup di Desaru Coast, Johor.
Kedua-duanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.