Dipuji Pandai Ajar Anak Hal-Hal Agama, Farah Lee Akui Tak Pernah Paksa Maream Solat Atau Baca Al-Quran

Hiburan

Dipuji Pandai Ajar Anak Hal-Hal Agama, Farah Lee Akui Tak Pernah Paksa Maream Solat Atau Baca Al-Quran

Personaliti media sosial, Farah Lee sering mencuri perhatian warga maya apabila dia sering berkongsikan mengenai perkembangan kanak-kanak dan cara-cara mendidik puteri sulungnya, Maream.

Baru-baru ini, Farah menerusi hantaran Instagramnya ada berkongsi cara yang diamalkannya dalam mendidik Maream mengerjakan solat dan membaca Al-Quran.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Ujar Farah, dia sama sekali tidak pernah memaksa si kecil itu untuk menunaikan solat tapi sering mengajaknya.

“Farah tak pernah paksa Maream solat atau baca Iqra. Tapi selalu ajak. Sebab saya tahu bila dorang buat sebab nak buat, baru ada hati. Macam iqra ni, baru beberapa kali sahaja dia baca tapi cepat je ingat. Dan farah terus fokus pada makhraj yang tepat. Solat pun sama, bila dia bersedia, dia sendiri akan tanya macam mana nak buat, apa yang harus diungkapkannya.”

Tambah Farah lagi, dia bukan berniat untuk memanjakan anaknya itu tapi menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran buat Maream.

View this post on Instagram

A post shared by F. L. (@farahlee_)

Belum tiba masa untuk bertegas, Farah mengatakan otak anak-anak dapat berkembang dengan baik apabila diberikan ruang dan tidak dipaksa-paksa apatah lagi ditengking-tengking.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial Farah tampil memuji cara dia mendidik anak selain ingin mengikuti teknik pembelajaran tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by F. L. (@farahlee_)

“Sebab follow kak Farah Lee adalah sebab nak belajar cara kak Farah didik anak. Sebab semua perkara perlu ilmu yang bagus..” tulis seorang pengguna media sosial.

Sekadar info, Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengacara TV, Ally Iskandar namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang kini berusia 6 tahun 10 bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...