Dipuji Duda ‘Hot’, Gambar Rashidi Ishak Sedang Bersukan Buat Netizen ‘Cair’

Hiburan

Dipuji Duda ‘Hot’, Gambar Rashidi Ishak Sedang Bersukan Buat Netizen ‘Cair’

Sejak bercerai dengan bekas isteri, pelakon Rashidi Ishak telah digelar sebagai duda ‘hot’ oleh sesetengah netizen.

Mana tidaknya, sering memuat naik foto sedang bersukan di laman instagram miliknya, pelakon utama ‘Kampung People’ itu mengakui memang minat menjalani kehidupan sihat terutamanya sukan larian jarak jauh.

Advertisement

Rashidi, 47, mengakui dia agak ‘obses’ dengan aktiviti berkenaan dan merasakan hidupnya tidak lengkap jika sehari tidak berlari.

View this post on Instagram

A rocker kissed by the saturday sun ? . #michaelhutchence

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

“Saya jatuh cinta dengan sukan ini dan obses, kalau sehari tak berlari rasa macam tak lengkap hidup saya. Sebenarnya saya pernah sertai sukan basikal tiga tahun lepas tapi tak berapa minat,”

Ketika ditemui, Rashidi berkata minatnya terhadap larian membuatkan dia sering berkongsi foto foto aktiviti yang dilakukan di Instagram hanya sekadar untuk berkongsi kepada peminat di luar sana.

 Malah, menurutnya lagi ada yang mula menghantar pesanan di ruangan DM bertanyakan tentang tips untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

“Saya suka berkongsi pengalaman apabila sertai acara larian dan ramai mula DM saya bertanya tentang sukan ini..” – Rashidi Ishak

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...