Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dipuji Cantik Oleh Teman Lelaki, Atikah Suhaime Masih Belum Bersedia Untuk Berhijab

Atikah Suhaime

Tampil manis bertudung dalam drama terbaru berjudul Aku Seorang Perempuan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, pelakon Atikah Suhaime mengakui dirinya masih belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.

Atikah Suhaime

Meskipun dipuji cantik oleh kekasih hatinya iaitu Datuk Lokman Teh, Atikah merasakan dia perlu ikhlas untuk menunaikan tuntutan agama itu.

Advertisement

Perkara tersebut diluahkan Atikah menerusi InstaStory miliknya baru-baru ini.

<

“Hari itu, mama dengan @lokmanteah cakap saya nampak cantik pakai tudung. Lokman suruh saya pakai tudung. Tapi pakai tudung sebab nak nampak cantik atau sebab Allah? Entahlah. Belum sedialah. Insya-Allah suatu hari nanti.”


Menerusi Insta Story itu, Atikah yang juga pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu telah memuat naik foto memaparkan dirinya memakai tudung berwarna merah jambu.

Atika Suhaime Dan Lokman Teh

Perkembangan terkini, pelakon kelahiran Singapura itu dikhabarkan baru saja selesai menjalani penggambaran drama Aku Seorang Perempuan yang menampilkan dirinya membawa watak Siti Nor Aisya sebagai teraju utama.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top