Personaliti media sosial yang dikenali ramai iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai meluahkan dirinya tidak kisah nama anak lelaki ‘Muhammad Jibril’ dipertikai netizen.
Tak kisah netizen pertikai nama anak ‘Jibril’
Menurut Opai, dia sudah pun merujuk kepada ustaz mengenai nama yang diletak untuk anak lelakinya.
Saya tahu ada orang kata nama itu ‘berat’ untuk dipikul. Asalnya hanya nak letak Muhammad sahaja, tapi isteri saya nak letak Jibril. Saya fikir banyak kali juga untuk tambah Jibril itu.
Bagaimanapun, selepas mengerjakan umrah ketika isteri sedang hamil, Opai merasakan semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan sepakat untuk meletak nama ‘Jibril’.
Anak sudah pandai berjalan, sebut ‘papa’ dan ‘mama’
Berkongsi lanjut mengenai anak lelakinya itu, personaliti media sosial tersebut berkata Jibril sudah pandai untuk menyebut ‘papa’ dan ‘mama’ serta sudah pandai berjalan di usia 10 bulan.
Sekadar info, Aliff Awang mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fatin Afeefa pada Disember 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.