Usahawan yang dikenali ramai iaitu Kieda Crepe tampil menjawab pertikaian orang ramai mengenai dirinya memilih untuk memulakan operasi kedai lambat.
Terlalu banyak lalat punca buka kedai lambat
Kata Kieda, dia terpaksa membuka kedai lewat kerana lalat terlalu banyak di dalam kedai, jadi dia perlu melakukan ‘pest control’ dahulu agar pelanggan selesa ketika mengunjung ke kedainya.
Dekat cermin bawah sampai atas penuh lalat. Dah macam wallpaper. Hang bayangkan dia mai bukan sikit-sikit. Dia mai satu group.
@kiedacrepehouse Kedai kieda , kieda tau biasa dengan luar biasa ☺️ Semoga Allah permudahkan urusan Kieda , Team & Vendor mencari rezeki yang Halal 🤲🏼 @Kiedacrepepenang2 @KIEDACREPEPENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE ♬ bunyi asal – KiedaCrepeHouse
Tak mahu pelanggan tak selesa
Dalam pada masa yang sama, Kieda turut berkata dirinya tidak mempunyai niat untuk membuat pelanggan menunggu lama.
Tak nak bagi lalat kacau waktu mereka tengah membeli. Lalat ni mata jahat, bukan mata baik. Umpama netizen yang selalu cari salah Kieda.
Menurut usahawan itu di akhir video, kedai dessert miliknya itu beroperasi seperti biasa iaitu bermula pukul 1.