Pasangan selebriti popular, Farid Kamil dan Diana Danielle hari ini sah bercerai dan aktor itu melafazkan talak satu secara online kerana tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan.
Diana yang dijumpai di luar mahkamah berkata dia mendoakan yang terbaik untuk dirinya, Farid dan anak-anak di masa akan datang.
Dalam pada itu, Diana turut berkata dia memilih untuk tidak berkongsi perasaannya ketika Farid melafazkan talak kerana ia sesuatu yang terlalu peribadi.
Aktres berusia 32 tahun tersebut turut akui perpisahan itu merupakan keputusan yang sukar untuk mereka berdua namun bersyukur ia berakhir dengan baik.
Seorang wartawan sempat persoal Diana yang dilihat tidak mengalirkan air mata, tidak seperti kebiasaannya di mana wanita sering menangis apabila berlakunya perceraian.
Diana bagaimanapun tidak melantun sebaliknya menjawab dengan tenang,
Saya sangat bersedia secara mental untuk ini dan hanya (menangis) di belakang pintu sahaja lah.”
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai warganet mengkritik wartawan yang menyoal soalan yang tidak sewajarnya terhadap seseorang yang baru bercerai.
Mereka juga turut memuji Diana yang menjawab dengan tenang dan menjaga tutur katanya meskipun diajukan soalan sebegitu.