Baru-baru ini, satu entri di platform Threads menjadi perhatian selepas menegur segelintir individu yang meninggalkan komen seolah-olah tahu segala perkara berkaitan pasangan selebriti, Ardell Aryana dan suaminya, Nadzmi Adhwa.
Dalam ciapan tersebut, penulis meluahkan rasa kurang senang dengan komen yang mempertikaikan mengapa Ardell dipilih untuk menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, sedangkan Nadzmi tidak.
View on Threads
Tulis individu berkenaan,
Adhwa sendiri cakap dia pun hantar nama bersama Ardell, tapi dia tak terpilih. Siapa kita nak persoalkan kenapa dia tak pergi dan suruh Ardell pula yang pergi. Semua ini sudah Allah tetapkan, pasti ada hikmahnya.
Dalam video berkenaan, dapat dilhat Nadzmi meluahkan rasa kecewa dan marah kerana menerima soalan kurang sopan seperti itu. Dia berkata bahawa netizen boleh sahaja bertanya tapi haruslah dalam nada baik dan bukannya mengundang kemarahannya.
Rata-ratanya memahami mengapa Nadzmi memberikan respon sedemikian dan berharap agar yang lain lebih beradab apabila bertanya.