Sebelum ini, kisah tentang seorang bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) iaitu Puan Afiza Awang, 50, yang tular telah meruntun hati masyarakat.
Kisah berkenaan tular selepas anak dan menantunya membuat hantaran dan menularkan nasib Puan Afiza yang dianiayai suami sendiri serta madunya.
Lebih malang, wang simpanan KWSP milik wanita itu juga gagal diselamatkan kerana terbongkar bahawa telah dikosongkan sejak tahun 2016 lagi.
Sesetengah pihak tertanya mengapa baru sekarang anaknya muncul untuk mempertahankan hak ibunya itu sedangkan Puan Afiza menderita sejak tahun 2015 lagi apabila diletakkan di sebuah rumah penjagaan orang tua.
Anaknya bernama Ain akhirnya tampil menjelaskan persoalan orang dan berkata dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa sebelum ini kerana dahulu dia hanyalah seorang ‘gadis kecil’.
Ujarnya, Puan Afiza sendiri yang menyarankan agar dia keluar dari rumah berkenaan dan selamatkan diri sebaik sahaja tamat sekolah menengah.
Tambah Ain, ketika tinggal dengan bapanya suatu ketika dahulu, hidupnya disifatkan dipenuhi dengan trauma dan sentiasa dikawal.
Namun kini, selepas ‘bebas’ Ain menggunakan peluang untuk mempertahankan hak dan kehidupan ibunya agar tidak lagi terperangkap dalam penganiayaan.
Saya tak lihat kamu (bapa) sebagai orang yang jahat tapi saya lihat kamu sebagai orang yang hina. ‘Dirosakkan’ oleh sesuatu, oleh seseorang. Kami masih sayangkan kamu. Tapi ketahuilah saya perlu lakukan apa yang termampu untuk melindungi keluarga. Melindungi keluarga kita.