Diperli ‘Syok Sendiri’ Mahu Buat Konsert Mini, Nourul Wahab Tenang Balas Komen – “Terima Kasih Tau Tolong Risaukan”

Hiburan

Diperli ‘Syok Sendiri’ Mahu Buat Konsert Mini, Nourul Wahab Tenang Balas Komen – “Terima Kasih Tau Tolong Risaukan”

Penyanyi Nourul Wahab dikatakan ‘syok sendiri’ oleh seorang individu yang seolah-olah meragui keupayaan untuk menganjurkan konsert mini yang bakal berlandung pada 26 April 2026.

Menerusi TikTok, penyanyi berusia 47 tahun itu bagaimanapun tidak melenting sebaliknya menjawab komen individu berkenaan dengan baik dan tenang.

Advertisement

Kata Nourul, dia berterima kasih kerana ‘merisaukan’ dan prihatin terhadap Nourul apabila berasa risau tiket konsert mini itu tidak akan terjual.

Terima kasih risau. My dear, Puan tak follow saya, bermaksud Puan tak minat saya. So tak apa Puan.

@nouruldepp1 Mencari mereka yang bisa organise event setaraf concert. 🎶 Sila contact @ikhsan_eysan manager atau assistant manager @ina_mohd Project assistant @deeyananoor P.A @ninashek18 Terima kasih 💝🙏🏻 #Event #project2026 #miniconcert #nouruldepp33years ♬ original sound – NOURULDEPP

Nourul berkata individu tersebut bukan dalam kalangan peminatnya kerana tidak tahu bahawa dia mempunyai beberapa buah album sebelum melancarkan lagu duet.

Tambah Nourul lagi, perasaan takut hanya akan membuatkan seseorang sentiasa di belakang dan tidak akan maju.

Saya fokus pada yang suka dan minat yang tahu apa lagu-lagu saya.  Terima kasih tau tolong risaukan. Takut-takut, tak akan buat kita maju. Puan, saya ada few album sebelum duet. Puan mai masa duet je. So, puan ‘mazhab’ lain. Terima kasih tau.

komen peminat Nourul Depp

Menjengah ruangan komen, peminat Nourul memintanya untuk tidak menghiraukan respon sebegitu dan akui tidak sabar mahu menonton konsert mini tersebut kelak.

Dalam pada itu, ada yang berkata mereka meminati Nourul dan lagu-lagu nyanyiannya sejak dari zaman remaja sehingga kini.

komen peminat Nourul Depp

baby shima
2025-09-10 13:46:48

Baby Shima Anggap MV Island Boi Tak Berlebihan, Seloroh Tanya Peminat Obses - "Dah B*nuh Diri Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...