Diperlekeh Rakan Selebriti, Shiha Zikir Tertekan Dan Alami Serangan Panik

Hiburan

Diperlekeh Rakan Selebriti, Shiha Zikir Tertekan Dan Alami Serangan Panik

Penyanyi dan juga personaliti TV, Shiha Zikir mendedahkan bahawa dia pernah diperlekeh secara berdepan oleh seorang rakan selebriti yang tidak berpuas hati dengan rezeki yang diperolehinya sepanjang bergelar anak seni.

Cerita Shiha, dia benar-benar tidak menyangkan bahawa individu itu tergamak menghubunginya semata-mata untuk berkata perkara-perkara yang boleh menjatuhkan semangatnya sebagai seorang anak seni.

Advertisement

Mempersoalkan kelayakan Shiha dalam menerima populariti seperti sekarang, penyanyi lagu Irama ini berkata ramai orang tidak tahu mengenai kesedihan serta kesukaran dirinya menempuhi onak dan duri sepanjang bergelar artis.

 

Malah, ada rakan industri yang sanggup hubungi saya dan tiba-tiba nak marah. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri! Kau layak ke?’

 

Sepanjang 20 minit dalam talian dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang itu seseorang yang saya tak sangka akan cakap begitu dan persoalkan apa saya buat dalam industri.

Ujarnya lagi, dia menyedari ada yang tidak senang melihat kejayaannya kini namun Shiha menegaskan bahawa dirinya tidak pernah merayu kepada sesiapa melainkan rezeki Allah semata-mata.

Tambahnya lagi, dihubungi oleh seseorang yang dianggap kawan baik hanya untuk mendengar perkara negatif seperti itu telah membuatkan dirinya berasa tertekan sehinggakan telah beberapa kali mengalami serangan panik.

Perkembangan lain, Shiha dilaporkan telah tercalon dalam AME2021 untuk empat kategori yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 Januari 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Shiha Zikir
3 years ago

Sahut Cabaran Jadi Penyampai Radio Era FM, Shiha Zikir Cuba Nasib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...