Baru-baru ini, Kak Long 7E sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila dia muncul dalam promosi lagu terbaharu Aliff Syukri dan Baby Shima berjudul ‘Baby Sayang’.
Dalam video itu, dapat dilihat Kak Long 7E diperlakukan seperti seekor lembu oleh kedua-dua selebriti membuatkan ramai orang berasa simpati dan ada juga yang menuduh bahawa dia beraksi sedemikian kerana bayaran yang ditawarkan.
Susulan perkara itu, Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura, tampil memberi penjelasan tentang video berkenaan di Facebook miliknya apabila banyak tohmahan dilemparkan.
Menurut wanita itu, dia mengaku bahawa tidak dibayar untuk beraksi seperti berikut dan segalanya atas kehendak dirinya sendiri.
Kepada netizen-netizen yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun. Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri.”
Kak Long juga berharap agar pihak di luar sana supaya berhenti memburukkan nama Aliff Syukri dan Baby Shima serta berhenti bersangka buruk kepadanya.
Terdahulu, Kak Long 7E pernah menjadi tular akibat mengamuk di kedai serbaneka 7-Eleven yang menjadi bahan kecaman netizen.
Kak Long 7E juga sebelum ini pernah memaki seorang staf restoran fast-food terkenal hanya kerana tidak diberikan sudu dan minumannya yang dihidangkan tanpa ais.