Dipercayai Kerana Dendam, Lelaki Maut Motosikal Dilanggar Lori

Trending

Dipercayai Kerana Dendam, Lelaki Maut Motosikal Dilanggar Lori

lgr.png.transformedSeorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuholeh sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki yang mahu membalas dendam dalam kejadian di Larut Tin Sambungan, Pokok Assam dekat sini semalam, lapor sumber Harian Metro.
Mangsa, 25, dikatakan sedang menunggang motosikal bersama seorang rakan yang mengalami kecederaan akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah, saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan pemandu lori merempuh motosikal mangsa sebelum melarikan diri.

Advertisement

Soal siasat yang dijalankan mendapati sebelum dilanggar, mangsa terbabit dalam satu pergaduhan yang menyebabkan saudara pemandu lori berkenaan cedera akibat ditetak.

Kita percayai mangsa sengaja dilanggar oleh suspek berusia 46 tahun kemungkinan bermotif membalas dendam,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...