Dipercayai Ibu Zayn Rayyan Perlu Berlakon Semula, Dibawa Ke Lokasi Kediaman & Aliran Sungai Anak Ditemui

Berita

Dipercayai Ibu Zayn Rayyan Perlu Berlakon Semula, Dibawa Ke Lokasi Kediaman & Aliran Sungai Anak Ditemui

Terkini, melalui laporan Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak austisme yang meninggal dunia akibat dibunuh iaitu arwah Zayn Rayyan dibawa ke kediaman di Damansara Damai.

Diminta untuk berlakon semula

Melalui laporan berita, suspek dibawa ke kediaman dengan menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Advertisement

Difahamkan, suspek (ibu Zayn Rayyan) akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan di aliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman untuk melakonkan kejadian yang berlaku pada hari berkenaan.

rumah zayn rayyan

Malah, anggota polis juga kelihatan membawa satu patung kanak-kanak tetapi belum pasti tujuan sebenar.

Beberapa hari lalu, polis memaklumkan reman terhadap ibu bapa kanak-kanak Austisme, Zayn Rayyan itu akan disambung bagi melanjutkan siasatan terhadap kedua-duanya.

Sekadar info, mayat Zayn Rayyan ditemui penduduk di aliran sungai berdekatan dengan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam.

ibu bapa zayn rayyan
1 week ago

"Ada Perkara Perlu Disemak.." - Muncul Percanggahan Keterangan Antara Saksi & Ibu Bapa Zayn Rayyan, Siasatan Diteruskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...