Kreatif!
Itulah perkataan sesuai yang dapat menggambarkan sebuah bot diberi nama Flipflopi diperbuat daripada 100 peratus plastik kitar semula.
Bot Flipflopi memulakan pelayaran pertama di Tasik Victoria di barat Kenya pada Khamis lalu dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya bahan tidak terurai kepada alam sekitar.
Ia akan belayar menerusi tiga ekspedisi ke tiga negara Afrika Timur dan disokong kempen laut bersih Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).
“Pandemik Covid-19 telah mempercepat keperluan untuk menangani pelbagai krisis alam sekitar, yang hanya dapat dilakukan melalui kerjasama serantau dan global mengenai isu-isu utama seperti plastik sekali guna dan perubahan iklim”.
Timbalan Pengarah Eksekutif UNEP Joyce Msuya berkata demikian dan Flipflopi adalah contoh yang hebat.
Pengasas bersama projek Flipflopi, Aki Skanda, tujuan pelayaran adalah untuk memberi kesedaran dan penyelesaian inovatif bagi mengatasi pencemaran di samping menyokong pemulihan hijau di Afrika Timur.
“Dengan belayar mengelilingi tasik, kami mahu mencetuskan inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan inovasi sampah plastik mereka sendiri dan menerapkan penyelesaian kitaran yang akan membangun perniagaan lebih hijau, serta menyingkirkan plastik dari alam sekitar”.
Bot Flipflopi akan meneruskan pelayaran dari Kisumu ke beberapa lokasi di Uganda dan Tanzania dalam tempoh tiga minggu dan bertemu masyarakat bagi memberi kesedaran untuk menggunakan penyelesaian kitaran bahan buangan untuk mengatasi masalah pencemaran disebabkan bahan plastik.