Dipenuhi ‘Bule’, Kerajaan Wilayah Bali Bakal Semak Akaun Bank Pelancong Mulai Tahun 2026

Travel

Dipenuhi ‘Bule’, Kerajaan Wilayah Bali Bakal Semak Akaun Bank Pelancong Mulai Tahun 2026

Kerajaan wilayah pulau Bali merancang untuk menilai kemasukan pelancong antarabangsa bermula tahun 2026 berdasarkan kemampuan kewangan, tempoh penginapan serta aktiviti yang dirancang sepanjang berada di pulau tersebut.

Langkah itu, menurut pihak berkuasa, bertujuan memulihkan ketertiban serta memastikan kelestarian salah satu destinasi percutian paling popular di dunia, seperti dilaporkan oleh Jakarta Globe.

Advertisement

bali

Gabenor Bali, Wayan Koster, berkata dasar baharu itu akan mewajibkan pelawat asing membuktikan mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, termasuk semakan simpanan bagi tempoh tiga bulan sebelumnya sebagai sebahagian daripada syarat kemasukan.

“Salah satu aspek pelancongan berkualiti ialah jumlah wang dalam akaun simpanan pelawat sepanjang tiga bulan lalu,” kata Koster pada Khamis semasa satu acara berkaitan pelancongan di Gianyar.

Selain itu, pihak berkuasa juga akan menilai tempoh penginapan yang dirancang oleh pelancong serta aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang berada di Bali.

pelancong bali

“Ini bagi memastikan segala-galanya berada di bawah kawalan.”

Mengulas lanjut, Koster menjelaskan pendekatan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya selari dengan amalan kemasukan pelancong di negara lain.

“Apabila kita melancong ke negara lain, pemeriksaan yang sama turut dilaksanakan, dan kami akan mengguna pakai pendekatan yang serupa, selaras dengan dasar yang diamalkan di tempat lain,” katanya.

Dasar ini dilihat sebagai usaha Bali untuk menggalakkan pelancongan berkualiti, sekali gus mengurangkan kesan negatif akibat pelancongan berlebihan terhadap alam sekitar dan komuniti tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mata air gunung kinabalu
2026-01-02 16:09:48

#NaraTravel : Jangan Minum Mata Air Gunung Kinabalu Sepanjang Pendakian - "Memang Nampak Bersih Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...