Wanita Dipenjara Kerana Minta Suami ‘Sado’ Buat Kerja Rumah

Kehidupan

Wanita Dipenjara Kerana Minta Suami ‘Sado’ Buat Kerja Rumah

Kadangkala kita sebagai suami isteri memerlukan antara satu sama lain untuk menguruskan rumah dengan bergilir-gilir membersihkan rumah.

Tugas ini bukan hanya dilakukan oleh si isteri, tetapi suami juga perlu memahami akan tanggungjawab ini apabila si isteri meminta pertolongan.

Advertisement

Lain pula jadinya, kisah seorang wanita ini apabila beliau telah ditahan dan didakwa sebagai ‘queen control’ selepas menyuruh suaminya yang membina badan menolong membuat kerja di rumah.

Valerie Sanders, 58 dari Catterick, Yorkshire Utara mendakwa dia mengarahkan suaminya Michael, 58, untuk meninggalkan sesi di gymnasium dan menggantikan rutin itu dengan kerja kerja-kerja di rumah.

Beliau telah dipenjarakan selama 17 jam kerana berdepan pertuduhan mengawal tingkah laku. Sebelum beliau dijatuhkan hukuman kes ditarik terlebih dahulu.

Suaminya menggunakan semua waktunya di gim dan tidak melakukan apa-apa di rumah mereka kecuali membasuh keretanya.

Wanita itu berkata dia meninggalkan nota untuk Michael meminta dia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah setiap hari bukannya memaksa.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2014 hasil pertemuan atas talian 2 tahun sebelumnya.

Suami saya terlalu obses dengan sukan bina badan selepas mendapat pekerjaan sebagai pengurus di sebuah gymnasium.

 

Dia berlatih sepanjang masa. Beliau hanya akan makan lima atau enam kali sehari dan mengisar semua makanannya.

Katanya, beliau dan suami berhenti keluar makan bersama kerana beliau berkerja dan suami berada di gim dari awal pagi sehingga lewat malam.

Valerie berkata dia dilayan seperti penjenayah kerana meminta suaminya untuk menolongnya mengemas rumah mereka.

Pada April tahun lepas, 4 pegawai polis tiba di rumahnya dan menahan beliau atas tuduhan mengawal tingkah laku.

Kesalahan mengawal tingkah laku seorang individu berulang kali adalah satu tindakan memaksa dan membuatkan anda rasa dikongkong ataupun takut.

Ia adalah satu kesalahan jenayah pada tahun 2015 bagi memerangi tingkah laku bukan fizikal.

Kalau macam itu jika di Malaysia ramailah kaum hawa yang masuk penjara kan?

Sumber: Mirrow

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...