Dipeluk Peminat Wanita, As’ad Motawh Nafi Buat Gimik

Hiburan

Dipeluk Peminat Wanita, As’ad Motawh Nafi Buat Gimik

Baru-baru ini, viral video seorang peminat wanita yang meluru ke atas pentas dan memeluk penyanyi muda As’ad Motawh. Bagaimanapun, reaksi As’ad yang terlalu ‘cool’  membuatkan netizen mendakwa ia sekadar gimik.

Advertisement

Namun, As’ad berkata insiden itu berlaku diluar jangkaan dan tidak mungkin akan mengupah dan mempergunakan seorang wanita berhijab untuk melakukan perkara itu yang hanya akan mencemarkan nama baik agama Islam.

Tidak mungkin saya buat gimik. Jika benar sekalipun, saya tidak akan sesekali mempergunakan wanita bertudung kerana ia mencemarkan nama baik Islam. Apa yang berlaku tempoh hari adalah di luar jangkaan. Saya tidak sangka perkara itu akan terjadi, walaupun sejak awal lagi saya sedar tingkah laku remaja itu agak agresif.

Saya perhatikan gelagatnya yang begitu teruja sebaik saya memulakan persembahan. Saya anggap itu sebagai tindakan luar kawalan peminat tegar.

As’ad mengakui beliau rasa bersalah serta kasihan apabila melihat wanita itu dibawa turun oleh pengawal keselamatan.

Hebat betul penangan As’ad sehingga mampu membuatkan peminatnya seakan ‘histeria’ dan tidak mampu menahan perasaan teruja ketika melihat penyanyi pujaan beraksi di atas pentas. Kata orang, bukan biasa-biasa ni.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...