Dipatuk Ular, Murid Darjah Dua Pula Terkena

Trending

Dipatuk Ular, Murid Darjah Dua Pula Terkena

Red-bellied-Black-snake(1)Seorang murid perempuan darjah dua dari SK Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas dipercayai dipatuk ular bewarna hitam di padang sekolah tersebut pagi tadi.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu mangsa dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp.

Advertisement

Sementara itu, menurut pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Tambahnya lagi, pegawai itu telah pun melawat kanak-kanak itu dan dia kini dalam keadaan stabil.

“Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

“Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata lagi, pelajar itu kemudian dibawa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Rembau selepas guru tersebut menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...