Dipapah Di Atas Pentas, Amad Dayyan Pengsan Lagi – “Setiap Kali ‘Show’ Macam Tu..”

Hiburan

Dipapah Di Atas Pentas, Amad Dayyan Pengsan Lagi – “Setiap Kali ‘Show’ Macam Tu..”

Penyanyi cilik yang sedang meningkat naik, Amad Dayyan, sekali lagi mencetuskan kebimbangan ramai apabila dilaporkan pengsan ketika membuat persembahan di sebuah acara di Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Amad yang kini berusia 13 tahun dilihat sedang menghiburkan penonton dengan menyampaikan lagu Wajah Kekasih, nyanyian asal ibu saudaranya, Siti Nurhaliza.

Advertisement

Bagaimanapun, di penghujung persembahan, suasana bertukar cemas apabila Amad menunjukkan perubahan tingkah laku yang mencurigakan. Dia kelihatan memegang bahunya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri di atas pentas.

Difahamkan, Amad sempat dipapah turun dari pentas oleh seorang kanak-kanak, ibunya Siti Sairah, serta beberapa kru yang berada di lokasi bagi mendapatkan bantuan segera.

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi dan persoalan dalam kalangan wargamaya. Ada yang berpendapat Amad pengsan disebabkan faktor kesihatan, namun tidak kurang juga yang mengaitkan kejadian itu dengan spekulasi berunsur mistik.

Perkara ini berikutan kejadian sama pernah berlaku sebelum ini ketika Amad berada di pentas akhir program Talk To My Manager, apabila dia dilaporkan rebah secara tiba-tiba dan tidak dapat meneruskan persembahan.

Susulan itu, segelintir netizen sekali lagi mengaitkan insiden terbaharu ini dengan unsur misteri, termasuk dakwaan kononnya terlihat makhluk bertenggek di bahu penyanyi muda tersebut, meskipun tiada pengesahan rasmi mengenainya setakat ini.

Keadaan sebenar Amad bagaimanapun belum diumumkan secara terperinci oleh pihak keluarga atau pengurusan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-25 18:58:12

Perkongsian Bapa Mentua Tiri Kamal Adli Curi Tumpuan Ramai, Peminat Titip Pesanan - "Tak Ramai Yang Macam Ni.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...