Dipanggil ‘Gajah’ Dan Dicurangi Suami, Wanita Ini Jalani Transformasi Dan Balas Dendam

Trending

Dipanggil ‘Gajah’ Dan Dicurangi Suami, Wanita Ini Jalani Transformasi Dan Balas Dendam

Hari Lisseth berkahwin dengan Jose merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas berkahwin, Jose menjadi mimpinya yang paling ngeri. Segalanya bermula apabila Lisseth mengandung anak perempuan mereka.

gajahan Setelah melahirkan, berat Lisseth terus naik. Saiz bajunya terus bertambah beberapa angka dan Jose mula membulinya. Dia sering memanggil Lisseth gemuk, menyebabkan keyakinan diri Lisseth hancur musnah.

Advertisement


Lisseth memberitahu Daily Mail, Jose mula berubah setelah dia menambah berat selepas melahirkan anak. Dia memanggil ibu kepada anaknya itu ‘gemuk’ setelah saiz badannya naik kepada angka 24.

Sewaktu kami di katil, saya akan cuba tunjukkan kasih sayang padanya, tetapi dia pusingkan badan ke arah lain dan tidur. Bagi dia, saya menjijikkan dan saya akan menangis sehingga tertidur.

screen-shot-2016-11-21-at-10-08-52-am-600x721Semasa dan selepas Lisseth mengandung, pasangan itu makan makanan tidak sihat seperi makanan Inggeris, McDonalds dan manisan. Jose bertuah kerana tidak menambah berat, hanya Lisseth terus menambah saiz.

Kadang-kadang, saya terpandang Jose dan dia melihat saya semacam geli. Kadang-kadang saya makan malam di sofa saya dengar dia kutuk saya ‘perempuan gemuk’ bila serdak roti jatuh ke perut saya. Mula-mula macam mengusik saja, tapi lama kelamaan memang dia mengutuk saya. Saya memang nak kurus semula tapi saya tak ada semangat dan keyakinan diri untuk diet.

8601859767_2acf05fe3a_z-600x448Satu hari, Lisseth terdengar Jose memanggilnya ‘gajah’.

Diabaikan oleh suaminya, Lisseth mencari kedamaian dengan makan lebih makanan. Hanya makanan menjadi sahabatnya.

Apa yang tidak Lisseth ketahui, selama itu suaminya telah curang dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

Saya lihat telefonnya dan baca mesej-mesej, ada ratusan teks perbualan mesranya dengan kekasihnya. Saya rasa marah, tetapi sesuatu berubah dalam diri saya. Bila dia balik ke rumah malam itu saya beritahu dia apa yang telah saya temui, dan dia langsung tidak nafikan.

Cuma dia kata semuanya salah saya kerana saya terlalu gemuk. Dia kata saya akan sentiasa buruk.

Hati saya hancur tapi saya bertekad yang dia takkan menyakiti saya lagi.

2129121287_33918bacda_z-600x450Setelah bertahun dibuli oleh Jose, Lisseth membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Seorang doktor memberitahu harapan Lisseth untuk kurus hanyalah dengan membuat pembedahan memendekkan usus, tetapi Lisseth buat tidak tahu, dan bertekad mengubah pemakanan dan corak hidup.

Berat badan saya mula turun dengan banyak. Saya rasa sihat. Semua pakaian saya jadi sangat longgar sehingga terpaksa beli pakaian baru.

Apabila Jose datang  untuk membawa anak perempuan mereka keluar, Jose akan mula memandang Lisseth.

Tiap hujung minggu, Jose datang untuk ambil Lissmar dan dia akan pandang saya dua kali. Satu Jumaat, dia tegur saya, beritahu saya nampak ‘hot’.

Saya dah tutup pintu hati saya buatnya. Saya takkan sesekali benarkan dia kembali. Saya suri teladan untuk anak perempuan saya dan saya dah buktikan yang dia salah.

 

screen-shot-2016-11-21-at-10-09-01-amKini, Jose mengakui dia membuat kesilapan. Dia memberitahu Daily Mail:

Saya akui bersikap zalim pada bekas isteri saya. Salah stau sebab kami bercerai ialah dia terlalu gemuk, menyebabkan saya jalin hubungan dengan wanita lain.

Saya menyesal.

amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...