Dipandang Serong Kerana Besarkan Anak Di Usia 20 Tahun, Pemuda Ini Buktikan Allah Itu Maha Kaya

Trending

Dipandang Serong Kerana Besarkan Anak Di Usia 20 Tahun, Pemuda Ini Buktikan Allah Itu Maha Kaya

Menginjak ke usia 20 tahun merupakan satu fasa dimana anak muda sedang melanjutkan pengajian di universiti ataupun kolej. Tapi bagi anak muda ini seawal usia 18 tahun, beliau sudah pun berkahwin dan bekerja bersama isteri demi sesuap nasi.

Advertisement

Mungkin akan ada ‘suara kecaman’ yang akan mengatakan bahawa beliau ‘kurang pandai’ la, sebab itu kahwin awal. Tapi itu pilihan dia sendiri. Mungkin Al Mubarak ini mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk berkahwin pada usia muda.

Pada mulanya beliau ‘merancang’ untuk memiliki anak setelah 5 tahun berkahwin.

Tetapi sebaik-baik perancangan, Allah lebih berkuasa dalam menentukan segalanya apabila beliau dikurniakan anak pada Januari 2017.

Rungsing dengan situasi tersebut apabila beliau hanya mempunyai RM50 di dalam poket ketika itu. Dan setelah mendengar nasihat dari seorang guru, beliau berjaya membuktikan bahawa Allah itu Maha Kaya.

Jom baca perkongsian bagaimana beliau ‘beranakkan’ duit RM50 kepada nilai yang lebih besar demi membesarkan anaknya.

Umur 20 Tahun Anak 11 Bulan

Alhamdulillah sekarang umur 20 Tahun aku ada anak kecil perempuan yang comel , cantik bijak macam ayah dia. Suka tak dengar cakap, tapi kalau suruh berhenti dia ikutkan walaupun tak faham. Tak reti merangkak laju laju walaupun dah nak masuk setahun.

Waktu aku umur 18 Tahun 2 tahun yang lepas, jiwa dan hati aku telah set yang akan ada anak waktu aku umur 29 ke atas. Sebab apa ? Sebab aku tak nak bagi dia kebulur. Kebulur anak anak ni seram tuan tuan, lain macam takut dia, tak macam kita kebulur.

Punya takut sampai jangan fikir langsung pasal anak. Nak jadi kan cerita, Jodoh umur 18, aku dengan isteri bekerja di Kl. Ramai yang tahu kami kerja teruk. Dalam store, tak di bayar gaji. Memang kelakar jugak masa itu.

“Dalam Al Quran dah tulis, bukan suami yang jaga makan minum anak dan isteri tetapi Allah. Kita tak mampu nak jaga.”

Kemudian aku amalkan 7 amalam harian supaya tidak kebulur.

Mulanya aku tak percaya. Aku percaya usaha buat orang berjaya tetapi aku dengar seorang guru cakap, jika usaha buat orang kaya berjaya, mesti buruh bangunan dah berhenti.

Tapi aku cuba jugak cuba sedaya upaya, tak fikir apa dah. Mula mula di duga dengan tipu helah, kemudian macam-macam lagi.

Alhamdulillah selepas isteri selamat bersalin, kami dah buka kedai kasut pertama dengan kos Rm500. Berpandukan amalan harian tadi, bawah ini aku kongsikan.

7 W WAJIB PEGANG

1 – WALAU SUSAH BERSEDEKAH

2 – WALAU SIBUK ZIKIR KE RASULULLAH

3 – WALAU KALUT SOLAT IKUT WAKTU

4 – WALAU TAKUT SENTIASA TAWAKAL

5 – WALAU SEORANG SENTIASA INGAT ALLAH

6 – WALAU DI BAWAH SENTIASA BERDOA

7 – WALAU MISKIN SENTIASA BACA AL QURAN

Lepas aku amalkan, alhamdulillah Allah permudahkan sikit demi sikit.

Dan jangan lupa ,

“Hassbunallah Waniakmal wakil waniaqmal maula waniaqmal nasir .. 10xkali Sehari “

Zikir paling top!

Aku nak tegaskan, Jangan takut jika kita ada Allah. Takutlah jika kita tiada Allah. Allah maha kaya, tiada yang lain selain dia.

Kongsikan dengan pasangan anda supaya jangan stress. Buat 7 amalan itu. Tiada yang dapat balas kecuali Allah, Allah mampu balas apa sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...