Dipaksa Tampar Menampar Sesama Sendiri Untuk Kekalkan Jawatan Dalam Syarikat

Trending

Dipaksa Tampar Menampar Sesama Sendiri Untuk Kekalkan Jawatan Dalam Syarikat

Sebuah syarikat di Jiangci menyambut ulang tahunnya dengan memaksa pekerja menampar muka satu sama lain.

Advertisement

Kejadian tersebut berlaku di hadapan ratusan pekerja bertujuan untuk mengekalkan jawatan mereka dalam sebuah syarikat kosmetik pada 17 Disember di Nanchang, wilayah Jiangxi, China.

Menurut jurucakap syarikat ianya bukan sesuatu yang istimewa tetapi sebagai satu ujian bagi mereka, lapor Daily Mail UK.

“Mereka bukan suka-suka menampar muka, malah ada juga rutin di syarikat lain yang mengamalkan perkara sebegini. Ini untuk membina semangat berkumpulan ,” ujarnya.

Sementara itu lapor Mirror UK, wanita-wanita berkenaan dikatakan berada pada tahap prestasi yang kurang memuaskan sepanjang tahun.

Difahamkan, kejadian menampar akan beterusan sehinggalah disuruh oleh majikan untuk berhenti menampar.

Rakaman berkenaan telah ditonton lebih dari enam juta kali dan mengundang ribuan komen netrizen yang mengecam perbuatan itu dan menggelarkannya sebagai penderaan pekerja.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan untuk menyiasat kes itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...