Dipaksa Minum Arak & Didera, Wanita Hilang Hak Penjagaan Anak – “Sara Kena Jaga Diri, Jaga Aurat”

Kehidupan

Dipaksa Minum Arak & Didera, Wanita Hilang Hak Penjagaan Anak – “Sara Kena Jaga Diri, Jaga Aurat”

Perkongsian daripada seorang individu di Instagram baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan dan rasa kurang senang dalam kalangan netizen di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah dipisahkan daripada ibunya kerana keputusan mahkamah telah berpihak kepada si bapa berkaitan hak penjagaan.

Advertisement

Difahamkan, anak kecil itu merupakan anak kepada pasangan orang asli yang telah berpisah. Si ibu kemudian memeluk agama Islam bersama si anak namun si bapa pula bukan seorang muslim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuseri Yusoff (@yuseriyusoff)

Isunya, semasa berada di bawah jagaan si bapa, anak ini dipaksa minum arak. Selain itu, bapanya bersekedudukan dengan perempuan dan tidak mempedulikan tentang anaknya sebelum ini.

Ketika dijaga oleh bapanya, si anak ini diserahkan ke merata tempat dan menjadi mangsa penderaan dan buli, sebelum si ibu membawanya lari ke Terengganu.

Jelas individu yang memuat naik kisah itu, si bapa kemudian membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan si anak daripada beberapa NGO terkemuka.

Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak berkemampuan dan hanya berharap pada Biro Bantuan Guaman.

Tadi hakim enggan mendengar permohonan daripada peguam pihak ibunya dengan alasan si ibu tidak hadir sebelum ini. Selain terus mengeluarkan perintah habeas corpus di mana si ibu perlu menyerahkan anak kepada bapa kandungnya.

Dalam video tersebut, terlihat kanak-kanak itu menangis kerana enggan berpisah dengan ibunya sekaligus membuatkan netizen turut merasa sebak dan sedih selain mempersoalkan sistem perundangan di negara ini.

Individu itu turut memberi jaminan untuk membantu wanita berkenaan bagi memfailkan rayuan agar kanak-kanak itu dapat kembali ke pangkuan ibunya.

2 years ago

Ibu Amang Seksual Dua Anak, Netizen Terkedu Baca Empat Pertuduhan - "Hisap & Suruh Anak Masukkan Kemaluan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...