Penyanyi terkenal antarabangsa, Britney Spears dilaporkan telah melancarkan sebuah buku memoir berjudul The Women In Me malah akan mengadakan siaran TV serta mempertimbangkan tawaran temu bual bersama Oprah Winfrey bagi membicarakan dengan lebih lanjut kandungan buku tersebut.
Britney sebelum ini ‘terpenjara’ dan kini telah dibebaskan daripada konservatornya sekaligus melayakkan dia untuk berbuat apa sahaja tanpa kawalan daripada ibu bapanya seperti sebelum ini.
Britney Spears reveals in her memoir that Justin Timberlake got her pregnant around late 2000, but they both agreed to get an abortion, TMZ reports. pic.twitter.com/7YECQcsIQI
— Pop Base (@PopBase) October 17, 2023
Dalam memoir itu, bukan sahaja kisah penderaan bapa kandungnya iaitu Jamie serta ketidak adilan sepanjang tempoh konservator yang dikawal oleh ibu, Lynne Spear dan kakak, Jamie Lynn Spears ‘dilondehkan’ dalam penulisan buku itu, tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kisah percintaannya bersama Justin Timberlake sekitar awal tahun 2000 yang lalu.
Tular di aplikasi X apabila keratan tulisan Britney mendedahkan penyanyi Justin Timberlake pernah memaksanya untuk mengugurkan kandungan kerana belum bersedia untuk menerima cahaya mata di saat nama kedua-duanya mula popular di pentas antarabangsa.
Ia sekaligus mengejutkan pelbagai pihak terutamanya peminat kedua-dua bintang popular itu, namun perasaan simpati lebih tertumpu kepada Britney berikutan kisah penderitaannya yang sebelum ini mula diketahui umum.
Malah, Britney memaklumkan bahawa Justin adalah cinta sejati dalam hidupnya dan perkara menggugurkan kandungan itu adalah sesuatu yang amat dikesalkan sepanjang hidup penyanyi itu.
Menjengah komen-komen peminat di aplikasi X, ramai yang meninggalkan komen tidak berpuas hati terhadap Justin Timberlake setelah dia meninggalkan respon untuk terus ‘maju’ dalam hadapan memandangkan perkara itu sudah lama berlalu dan dia juga sudah mempunyai keluarganya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.