Dipaksa ‘Catwalk’ Untuk Cari Keluarga Angkat!

Kehidupan

Dipaksa ‘Catwalk’ Untuk Cari Keluarga Angkat!

Pengambilan anak angkat di rumah anak-anak yatim selalunya ibu dan bapa angkat akan ke sana dan membuat pilihan sendiri terhadap pilihan hati mereka.

Tetapi zaman sekarang ini manusia yang ingin anak-anak yatim mendapatkan keluarga angkat sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak itu walaupun tahu bakal dikritik oleh netizen lain dengan tindakan yang mereka telah lakukan kepada kanak-kanak ini.

Advertisement

Begitulah yang terjadi di Brazil apabila sebuah agensi anak angkat memaksa anak yatim berjalan di pentas peragaan bagi mencarikan keluarga angkat untuk mereka.

Daily Mail melaporkan, pertunjukan itu diadakan malam Selasa lalu kononnya sebagai tarikan kepada mereka yang berminat mengambil 18 orang kanak-kanak berusia seawal usia 4 tahun sebagai anak angkat.

Pada hari itu kira-kira 200 orang memenuhi perkarangan pentas untuk menyaksikan acara yang didakwa agensi itu sebagai hari istimewa untuk kanak-kanak terbabit apabila dipakaikan mekap serta pakaian baru.

Orang ramai mengutuk tindakan itu menyifatkan kanak-kanak terbabit seolah-olah dilayan seperti hamba atau haiwan.

Seorang peguam, Eduardo Mahon menulis di laman Twitter berkata,

Kanak-kanak yang memperagakan diri untuk menunjukkan betapa cantik, peramah dan menariknya mereka dilihat umpama sebuah pasar hamba zaman dulu apabila orang ramai memeriksa gigi dan badan orang Afrika sebelum membida.

Saya tidak rasa ini perkara yang elok malah sebenarnya ia amat teruk sekali.

Sementara itu, jurucakap penganjur menjelaskan, acara itu sebenarnya sudah diluluskan oleh hakim tempatan.

Kami adalah organisasi yang serius dan tidak mempermainkan perasaan kanak-kanak ini. Mereka sebelum ini diperkenalkan kepada banyak keluarga dan rumah anak yatim namun masih tiada yang berminat.

 

Kasihanilah anak-anak yatim ini dan permudahkan segala urusan mereka bagi mendapatkan keluarga angkat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...