Dipaksa Berjalan Kaki Ke Sekolah Oleh Ibunya Sendiri Selepas Berkelakuan Kurang Sopan

Trending

Dipaksa Berjalan Kaki Ke Sekolah Oleh Ibunya Sendiri Selepas Berkelakuan Kurang Sopan

Seorang ibu memaksa anak-anaknya berjalan sejauh 7 kilometer ke sekolah mereka dalam keadaan bersalji selepas dia mengetahui bahawa mereka telah kasar kepada pemandu bas mereka.

Kejadian ini berlaku di Harrow, Ontario dan menurut ibu ini, beliau memutuskan untuk menghukum anak mereka dengan cara sebegini selepas pihak sekolah memanggil beliau melaporkan kelakuan anak-anaknya.

Advertisement

Ibu ini memuat naik gambar anak mereka dalam perjalanan ke sekolah di Facebooknya dengan caption yang berbunyi :

“Anak-anak saya telah berkelakuan kurang sopan pada pemandu bas mereka dan pihak sekolah telah memanggil saya”.

“Jadi pagi ini kami berjalan kaki sejauh 7km untuk menunjukkan kepada mereka apa yang akan berlaku setiap hari untuk mereka apabila mereka menaiki bas.”

Mereka memakai sepanduk yang berbunyi, “Berkelakuan tidak sopan terhadap pemandu bas kami! Ibu kami menyuruh kami berjalan kaki.”

Ibu ini berkata kepada CBC bahawa anak sulungnya telah insaf dari perbuatan itu. Namun anak keduanya masih dalam proses untuk ditunjuk ajar.

Sebahagian netizen melaporkan tindakan ibu tersebut kepada Persatuan Bantuan Kanak-Kanak yang mengatakan bahawa ia adalah “padah yang sangat rasional” untuk kanak-kanak yang berkelakuan tidak elok di sekolah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...