Kalau anda nak tahu, jikalau anda dipaksa untuk berhenti kerja oleh majikan, anda boleh menulis mengenai perkara tersebut di dalam surat perletakan jawatan.
Majikan berhentikan pekerja secara paksa
Seperti satu kes ini, Mahkamah Perusahaan telah memerintahkan Petaling Jaya Dairy Sdb. Bhd untuk membayar pampasan kepada bekas ketua sumber manusianya, Nizatul Asmar Chek Umar sebanyak RM191,530.50.
Difahamkan, Nizatul telah dipaksa meletakkan jawatan dengan cara yang salah oleh bekas pengurus besar syarikat itu, Henry Ong Ewe Teow.
Menurut fakta kes, segalanya bermula apabila Nizatul mendengar rungutan pekerja mengenai kelakuan majikannya itu.
Info ni bagus. Sebenarnya kalau korang dipaksa untuk resign, korang sebenarnya boleh tulis yang korang dipaksa resign dalam surat resign tu. Jangan tak tulis
Kalau kena aniaya jangan duduk diam-diam, tapi lawan balik. Sekarang Nizatul Asmar menang RM191,530.00 pic.twitter.com/zfETqH9KHj
— Farid Affy (@faridaffy) June 18, 2024
Berikutan itu, hubungan kerja antara Nizatul dan Ong menjadi keruh sebelum dia dipaksa untuk meletakkan jawatan pada 10 November 2022.
Syarikat itu dilaporkan ‘buat tak tahu’ tanpa mendengar aduan Nizatul di sebalik perletakan jawatannya itu.
Majikan dikehendaki bayar pampasan RM100,000
Pengerusi Mahkamah, D. Paramalingam kemudian mengecam tindakan syarikat itu yang tidak memanggil Ong sebagai saksi dan menekankan ketidakhadirannya dan penamatan pekerjaan itu sebagai sesuatu yang mencurigakan.
Mahkamah kemudian memberikan gaji 14 bulan dan pampasan sebulan sebagai ganti pengembalian semula berjumlah RM241,570 namun dikurangkan 10% setelah diselaraskan.
Dalam hantaran asal, seorang individu menyarankan untuk mereka yang diberhentikan kerja secara paksa untuk tidak berdiam diri sebaliknya ‘melawan’ dalam menuntut hak anda sebagai pekerja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.