Tular di media sosial mengenai beberapa video memaparkan rakyat Malaysia yang sanggup ‘berkampung’ seawal pukul 12 tengah malam Rabu di Dataran Putrajaya bagi mendapatkan ‘spot’ terbaik untuk menyaksikan perarakan sempena Hari Merdeka.
Dalam video itu, kelihatan rakyat daripada pelbagai fasa umur mula memenuhi ruang kosong dan kaki lima sepanjang Dataran Putrajaya dengan tujuan untuk ‘cop’ tempat duduk masing-masing.
Malah,ada yang membawa tikar, khemah seperti sebuah perkelahan bagi menantikan hari kemuncak pada 31 Ogos tempoh hari.
Kelihatan juga anak-anak kecil yang tertidur kerana keletihan di atas tikar sambil diawasi ibu bapa masing-masing.
Semangat patriotik yang ditunjukkan pengunjung itu walau bagaimanapun mendapat kritikan sesetengah warga maya di media sosial setelah tularnya video tersebut.
Kata netizen, mereka yang hadir awal semata-mata untuk mendapat tempat terbaik itu seolah-olah mengabaikan kebajikan anak-anak kecil selain mempertikaikan tanggungjawab menunaikan solat dan membersihkan diri bagi orang yang beragama Islam.
Yang ada anak kecil tu kesian kat budak-budak. Kemudian kau orang nak kencing dan berak tu macam mana?
Namun, di sebalik kritikan, ada juga netizen yang kagum dengan semangat dan usaha untuk meraikan sambutan kemerdekaan yang diraikan setahun sekali itu.
“Penonton yang datang awal ni juga antara yang buatkan sambutan Hari Merdeka meriah. Tanpa mereka yang semangat ni tak meriahlah nanti” tulis seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.