Pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah akui keputusannya untuk meninggalkan stesen radio Suria FM pada 15 Februari yang lalu adalah disebabkan kontraknya telah tamat selain mahu berehat buat sementara waktu.
Saya berhenti sebab kontrak dah tamat. Walaupun diorang nak sambung kontrak saya, saya rela hati menolaknya sebab nak berehat untuk sementara waktu.
Lagipun, saya dah lama jadi penyampai radio di sana, takut orang jadi bosan.
Menurut Utusan, pelakon itu menepis dakwaan kononnya dia diberhentikan dari mengendalikan segmen Suria Petang seperti apa yang berlaku kepada rakan sepasukannya, Tyzo.
Saya pernah ada dalam situasi Tyzo. Pada saya, rombakan dalam tempat kerja tu memang biasa berlaku. Tapi dakwaan itu tak ada kena mengena dengan saya.
Kali ni saya memang buat keputusan untuk tak sambung kontrak dan berehat seketika.
Insya-Allah kalau ada rezeki dan ada yang merindui, saya akan kembali. Rezeki tu ada di mana-mana.
Dia turut menjelaskan dia akan terus aktif dalam kerjaya lakonannya dan terbuka untuk menerima tawaran berlakon.
Saya masih bekerja dan aktif dalam industri. Kalau ada peluang berlakon, saya akan kembali berlakon.
Sekadar info tambahan, Sharifah Shahirah memulakan kerjayanya di stesen radio Suria FM pada tahun 2018 apabila diberikan tugas mengendalikan segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.
Kemudian, dia mengendalikan segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan.