Hantaran pelakon terkenal, Nora Danish bersama seorang lelaki, Mickey Ayo di Instagram ternyata telah mencuri perhatian pengikut kedua-dua personaliti itu.
Dalam hantaran Instagram Story, kedua-duanya dilihat saling bertukar-tukar hadiah.
Difahamkan, Nora menghadiahkan Mickey seutas jam ‘fitness’ Suunto manakala Mickey menghadiahkan Nora sepasang kasut sukan.
Malah, kasut yang dihadiahkan Mickey itu juga sama dengan miliknya.
Terdahulu, kedua-dua menjadi tumpuan gara-gara Nora Danish ada memuat naik tangkap layar perbualan ‘video call’ bersama seorang jejaka dipercayai Mickey.
Kedua-duanya dilihat terbuka memuat naik momen bersama selepas kontroversi itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel tending yang lain pada pautan di bawah.