“Diorang Dah Minta Maaf..” – Shahrol Shiro Anggap Nabil, Azad & Radin Tidak Perlu Direhatkan

Hiburan

“Diorang Dah Minta Maaf..” – Shahrol Shiro Anggap Nabil, Azad & Radin Tidak Perlu Direhatkan

Sebelum ini, tular isu mengenai 3 orang penyampai radio Era iaitu Nabil, Radin dan Azad yang telah menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai susulan dakwaan mempersenda agama Hindu.

Isu tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Advertisement

nabil azad radin

Semalam, mereka bertiga telah membuat permohonan maaf di konti serta telah pergi ke Batu Caves untuk membuat permohonan maaf sebelum ke MCMC dan Balai Polis Bukit Aman.

Susulan kejadian tersebut, rakan mereka yang merupakan seorang pelawak iaitu Shahrol Shiro tampil bersuara mengenai isu tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya, Shahrol mengakui bahawa perbuatan mereka bertiga salah kerana telah menghina agama lain namun, menurutnya pihak pengurusan sepatutnya tidak membuat tindakan terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Pelawak tersebut turut menyamakan isu ini dengan isu Cecilia Yap dan isu KK Mart yang pernah menjadi perhatian sebelum ini.

Diorang dah minta maaf, diorang dalam siasatan. Sepatutnya bagilah masa sehingga siasatan tu lengkap barulah Era ambil tindakan.

 

Macam isu KK Mart, dah minta maaf tapi masih dalam siasatan. Tutuplah dulu premis tu sementara, adalah juga hukuman. Kalau boleh dipertimbangkan tak perlulah gantung tugas mereka, mereka ada keluarga nak sara.

Dalam pada itu, Shahrol juga berharap agar mana-mana pihak yang terlibat dengan isu ini dapat menjadikan ia sebagai teladan dan ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi.

penyampai 3 pagi era direhatkan serta merta
22 hours ago

Buat Tarian Persenda Agama, Penyampai 3 Pagi Era Direhatkan Serta-Merta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...