Tular sebuah rakaman di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh wanita bernama Ninie Hasbullah, bekas isteri Cliff Umar yang juga merupakan pemenang Gegar Vaganza pada musim ke-7.
Menerusi video tersebut, Ninie mendakwa bekas suaminya itu sudah lama tidak memberikan nafkah anak-anak yang ditinggalkan dan langsung tidak dihiraukan.
Malah, Ninie turut mendakwa Cliff ada berjanji mahu membantunya dan anak-anak ketika menjadi salah seorang peserta GV7.
Tapi bila kau menang, kau terus menghilangkan diri dan kau terus berlakon macam tiada apa-apa yang berlaku.”
@ninienuna
Ninie juga meluahkan rasa kecewanya kerana sudah lama bersabar namun kali ini dia sudah tidak boleh bertahan lagi selepas dibiarkan menanggung anak-anak seorang diri selama lebih 10 tahun.
Dia juga berulang kali menekankan bahawa dia tidak mahukan duit untuk dirinya tetapi hanya untuk anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, Ninie turut mendakwa Cliff langsung tidak mempedulikan anak-anak ketika mereka sakit.
Mana rasa tanggungjawab, rasa empati? Tolonglah, awak tak perlu beri saya duit, hanya untuk anak-anak. Diorang anak you lah, come on!”
Video tersebut mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi itu dan rata-ratanya mendoakan agar urusan Ninie dipermudahkan untuk menuntut nafkah daripada Cliff.
Ada yang mencadangkan agar Ninie mengadu kepada mahkamah syariah dan selesaikan mengikut undang-undang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.