Dinobatkan Sebagai Pelakon Terbaik, Joaquin Phoenix Kongsi Kepayahan Bawa Watak Joker

Trending

Dinobatkan Sebagai Pelakon Terbaik, Joaquin Phoenix Kongsi Kepayahan Bawa Watak Joker

Filem Joker yang ditayangkan pada tahun lalu berjaya mencetuskan satu fenomena di seluruh dunia. Walaupun ada pihak yang tidak berapa setuju dengan kandungan terlalu ‘disturbing’ di dalam filem itu namun sambutan luar biasa berjaya menjadikan filem ini antara filem pecah panggung tahun 2019.

Baca: Filem Joker Cetuskan Kontroversi Dengan Kandungan Terlalu Disturbing Bagi Penonton

Advertisement

Watak Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix berjaya meninggalkan impak yang besar selepas memenangi anugerah pelakon terbaik di Golden Globes baru-baru ini. Pesaing di dalam kategori ini juga bukan calang-calang seperti Christian Bale (Ford v Ferrari), Antonio Banderas (Pain and Glory), Adam Driver (Marriage Story) dan Jonathan Pryce (The Two Popes).

 Joaquin Phoenix

Ini merupakan kali kedua kemenangan beliau di anugerah Golden Globes selepas kemenangan di dalam filem Johnny Cash in Walk the Line (2006). Filem Joker turut tersenarai di dalam tiga lagi pencalonan lain seperti Best Motion Picture – Drama, Best Director – Motion Picture dan Best Original Score.

Kepayahan watak Joker

Bukan mudah untuk seorang pelakon membawakan watak Joker yang dianggap sangat berat dan penuh emosi ini. Joaquin Phoenix sendiri pernah mengaku hampir menjadi gila ketika mempersiapkan diri untuk melakonkan watak ini.

Perkara pertama saya perlu buat ialah turunkan berat badan. Yang mana memberi impak dari segi psikologi dan saya mula jadi gila bila terpaksa turunkan berat badan yang banyak dalam tempoh masa itu.

Beliau terpaksa menurunkan sebanyak hampir 23kg untuk mempersiapkan dirinya menjadi Joker. Impak daripada penurunan berat badan ini menyebabkan ianya mustahil untuk lakukan sebarang penggambaran semula atau reshoot pada masa lain. Bermakna segalanya harus dilakukan dalam tempoh penggambaran itu untuk mengekalkan kesinambungan watak Joker.

joker

Kemenangan anugerah pelakon terbaik ini semestinya satu pengiktirafan buat filem Joker ini yang menerima pelbagai kritikan berbelah bagi dari pelbagai pihak. Ada yang menganggap filem ini terlalu mengagungkan keganasan dan mempengaruhi penonton tentang kejahatan dan keganasan.

Selepas kemenangan di Golden Globes 2020 ini, ramai yang menyimpan hasrat besar untuk Joaquin Phoenix memenangi Oscar pula selepas ini. Mengikut rekod, filem Joker berjaya mencatatkan kutipan $1.06 billion seluruh dunia.

Artikel berkaitan: Bukan Hanya Paparkan Isu Keganasan, Filem Joker Beri Kesedaran Tentang Kesihatan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...