Dinobatkan Sebagai Bandar Terbaik Di Dunia Untuk ‘Street Food’, Singapura Kalahkan Negara Asia Lain

Travel

Dinobatkan Sebagai Bandar Terbaik Di Dunia Untuk ‘Street Food’, Singapura Kalahkan Negara Asia Lain

Majalah CEOWorld telah menyenaraikan 50 bandar di seluruh dunia yang mempunyai makanan jalanan atau ‘street food’ terbaik bagi pelancong dan penggembara. Antara yang turut tersenarai ialah Seoul, Tokyo, Hong Kong, Los Angeles dan banyak lagi lah.

Berdasarkan hasil kajian ini, pengembara perniagaan dan agensi pelancongan yang ditemu ramah bersetuju Singapura adalah bandar yang menyajikan ‘street food’ terbaik di dunia. Di tempat kedua diikuti oleh Bangkok dan seterusnya Hong Kong.

Advertisement
  1. Singapore
  2. Bangkok, Thailand
  3. Hong Kong
  4.  Ho Chi Minh, Vietnam
  5. Mumbai, India
  6. Rome, Italy
  7. Tel Aviv, Israel
  8. Sydney, Australia
  9. Mexico City, Mexico
  10. Portland, US
  11. Dubai, UAE
  12. Chicago, US
  13. Seoul, South Korea
  14. Berlin, Germany
  15. Paris, France
  16. Istanbul, Turkey
  17. Los Angeles, US
  18. Palermo, Italy
  19. Tokyo, Japan
  20. New Orleans, US

Kalau dilihatkan pada senarai ini, negara Asia mendahului carta tertinggi. Mungkin ada juga yang tidak bersetuju dengan kedudukan ini kerana negara Asia kebanyakannya mempunyai persamaan makanan. Cuma ianya berbeza mengikut tempat dan daerah.

Antara ‘street food’ ikonik di Singapura adalah nasi ayam, roti paratha, kaya toast dan laksa. Yang mana terdapat juga di beberapa negara Asia lain seperti di Malaysia.

nasi ayam

Kredit: Pixaby Cegoh

kaya toast

Kredit: Sbs

laksa

Kredit: Sin Hwa Dee

Mungkin ada yang kecewa Malaysia tidak termasuk dalam carta. Kalau diikutkan, Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan kepelbagaian makanan yang ada. Dari minum pagi, makan tengahari, minum petang hingga lah makan malam, ada macam-macam pilihan.

Nasi lemak

nasi lemak

Kredit: Afc

Bukan sahaja untuk sarapan pagi tetapi nasi lemak boleh dimakan pada setiap masa. Nak makan masa sarapan pagi boleh, untuk makan malam pun boleh juga.

Mee goreng

Yang duduk di Malaysia sahaja tahu yang mee goreng ada dua versi. Satu mee goreng versi Melayu dan lagi satu versi mamak. Yang penting, dua-dua pun sedap.

Kepak ayam madu

Ini makanan wajib di setiap pasar malam di Malaysia. Boleh katakan hampir semua pasar malam di Malaysia akan jual kepak ayam madu. Baunya sahaja dah cukup buat orang terliur.

Kuih muih

kuih muih

Tak sah lah minum petang di Malaysia kalau tak ada kuih muih ni. Ada macam-macam pilihan kuih muih yang boleh dipilih dan dijual di gerai-gerai tepi jalan sahaja. Selalunya, bukan waktu petang sahaja tapi waktu pagi pun ada dijual.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap-sedap ada di Malaysia. Mungkin dah tiba masanya kita perkenalkan pula makanan tempatan pada masyarakat luar. Barulah semua tahu, Malaysia pun ada makanan sedap juga kan. Sesuai lah dengan #VisitMalaysia2020.

Sumber: Tripzilla

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...