Cef selebriti terkenal, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan khabarnya mengamalkan pemakanan sihat sebagai inisiatif untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Ujar Cef Wan, dia tidak kisah memakan makanan yang mudah disediakan asalkan lengkap dengan nutrien yang diperlukan.
Antara juadah yang menjadi kegemaran Cef Wan adalah telur rebus dan juga biskut.
Kadang-kala bila saya malas atau call grab food ke untuk makan malam, saya rebus telur tiga biji letak kicap, lada putih, extra Virginia Olive Oil dengan empat keping cream crackers.
Makanan mudah macam ni dengan tanpa nasi selama berminggu-minggu biasanya saya akan hilang berat badan sebanyak 4 hingga 5 kg. Seluar-seluar saya semua terlondeh dah.
Dalam pada itu, Cef Wan menjelaskan bahawa dia tetap mengamalkan senaman ringkas selain menjaga pemakanan.
“Oleh itu, saya cuba makan makanan yang berkualiti dan bersenam dengan berjalan kaki, melancong atau membuat kerja rumah dan berkebun..” ceritanya lagi.
Terdahulu, bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini pernah memaklumkan bahawa dia tidak mengamalkan makanan dan minuman yang manis demi menjaga kesihatan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.