February 8th, 2018

Sebelum ini, Datuk Farid Kamil lelah mmbuat laporan polis mendakwa tiga orang rakan artis telah memasukkan ganja dalam minumannya, menyebabkan dia berkelakuan ganjil dan menyerang seorang anggota polis dan orang awam. Untuk itu, pelakon Soffi Jikan telah hadir ke balai polis setelah diminta oleh pihak polis dan ia seterusnya didapati positif dadah.

Terbaru, mStar Online melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan seorang individu bernama Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Jika anda masih ingat, Taj Addin, ialah penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu ‘Belaian Jiwa pada pertengahan 90-an.

Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.


22 responses to “Dinamakan Farid Kamil Dalam Laporan Polis: Taj Innuendo Dan Firdaus Diminta Bantu Siasatan”

  1. naz77 says:

    fared pn xtau sapa,,, yg ni mgkin cuma suspek bia la polis yang siasat…

  2. joe labu says:

    dia bengang kot pasai dia sorang yg kantoi padahal time stim sama2…
    tu yang dia petik nama kwn2 lain…
    tak blh buat kwn si parit ni,,,

  3. Hazim Amsyar says:

    adoi la si farid kamil ni senang2 je petik nama. Yg si polis ni pun main percaya je. sesiapa pn boleh cakap ada org masukkan dadah dalam minuman dia

  4. Anonymous says:

    aku tgk si sofi jikan dgn si Taj ni pon mmg bley agak diorg ni sejenis yg suke amek2 bende alah tu, huh tula FK bergaul dgn salah org ni

Loading...