Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Din Beramboi Disyaki Denggi Berdarah, Bukannya Virus Kencing Tikus

din beramboi denggi berdarah

Nampaknya info yang kami terima sebelum nie yang menyatakan Din Beramboi kritikal dan koma di Hospital Selayang kerana terkena virus kencing tikus adalah tidak tepat. Mungkin kita semua telah terkena April Fool sehari awal oleh khabar angin tak bertanggungjawap yang telah disebarkan seseorang.

Advertisement

Di bawah adalah kata-kata abang Din Beramboi yang membawa Din Beramboi ke hospital:-

[note]Saya terkejut dengan berita yang pelbagai versi, saya yang masukkan Din ke sini pun tidak tahu yang dia terkena racun di Zoo. Itu mungkin khabar angin. Dia dimasukkan ke hospital kerana denggi berdarah.[/note]

Tapi apa yang mengkagumkan kami ialah semalam di Hospital Selayang ramai orang yang berpusu-pusu nak menderma darah jenis O yang kononnya diperlukan oleh Din Beramboi. Untuk pengetahuan anda benda tue pun khabar angin jugak sebenarnya. Tapi kiranya rakyat Malaysia nie memang prihatin lah. Kagum kami dibuatnya.

Dengar sikit lagi apa abang kepada Din Beramboi cakap:

[note]Saya juga terkejut semalam ramai yang datang untuk menderma darah. Doktor hanya memberitahu jika mahu menderma pergi ke unit lain tapi baru saya tahu ada khabar angin yang mengatakan Din memerlukan darah. Itu semua tidak betul.[/note]

Maklumat terbaru yang kami terima (ini betul punya bukan khabar angin) yang keadaan Din Beramboi sudah semakin baik. Kita doakan yang terbaik buat Din. Semoga cepat sembuh.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama