Diminta Bersihkan Gelaran Keturunan ‘Nabi’, PU Syed Respon – “Tiada Apa Yang Nak Dibanggakan..”

Kehidupan

Diminta Bersihkan Gelaran Keturunan ‘Nabi’, PU Syed Respon – “Tiada Apa Yang Nak Dibanggakan..”

Dek kerana memiliki nama pangkal yang sama, pendakwah bebas PU Syed dilihat turut terpalit dengan isu membabitkan seorang pendakwah selebriti yang baru-baru ini dihukum atas kesalahan jenayah seksual.

Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang individu yang mencadangkan agar beliau ‘membersihkan’ nama pangkal Syed susulan kontroversi yang tercetus.

Advertisement

Menjelaskan perkara itu, PU Syed menegaskan bahawa nama atau keturunan seseorang tidak pernah memberikan sebarang kelebihan, sebaliknya yang lebih utama adalah memastikan diri sendiri serta orang lain sentiasa berada di jalan Allah SWT.

“Kata hamba Allah tu saya kena bersihkan nama Syed.”

“Keturunan ini tak perlu dibersihkan kerana ianya adalah anugerah Allah. Tiada kebangaan dan tiada rasa megah dengan pangkal Syed berada di depan nama.”

“Yang perlu dibersihkan adalah orang-orang yang membawa nama Syed itu.”

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut menegaskan bahawa isu melibatkan pendakwah selebriti sebelum ini wajar dijadikan pengajaran dan iktibar, khususnya kepada golongan yang bergelar pendakwah.

Rayuan Ditolak, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan

Sehubungan itu, PU Syed menasihati orang ramai agar tidak terus menyebarkan aib pendakwah selebriti terbabit, memandangkan individu berkenaan telah menerima hukuman yang setimpal atas perbuatannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-23 11:49:23

Rayuan Ditolak, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...