Dalam perkahwinan sememangnya kita akan mudah terasa dengan pasangan masing-masing. Kadangkala benda kecil pun boleh jadi besar. Kerana itulah kita kena berlapang dada, mudah memaafkan, senang menerima teguran dan tidak menyimpan dendam. Iyerlah, pasangan itu pun bukan orang lain. Merekalah tempat kita meluahkan perasaan dan yang akan sentiasa menemani kita di sisi. Tak gitu?
Punca penceraian Raja Azmi dan Eddie Ghazali sememangnya boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Sebagai suami, nak tegur pun kenalah lemah-lembut dan penuh hikmah. Jangan sampai isteri terasa hati. Sebagai isteri pula, kenalah bersikap terbuka menerima teguran suami. Si suami tegur kerana sayangkan kita. Kata Raja Azmi mengenai punca penceraiannya:-
Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia (Eddie) telah pun memohon maaf dan memujuk, tetapi luka saya itu tidak terubat. Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini, saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.
Dia ada berusaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha. Kami kerap bergaduh hanya kerana percanggahan pendapat masing-masing. Dan perkara ini membuatkan perhubungan kami semakin sukar untuk diteruskan.
Tetapi apabila tidak sebumbung, kami boleh pula berkomunikasi macam biasa. Apa yang saya nampak, mungkin kami lebih sesuai berhubung sebagai sahabat
Semoga apa yang berlaku dalam perkahwinan Raja Azmi dan Eddie Ghazali akan diambil sebagai pengajaran buat kita. Bagi Abang Nara, komunikasi adalah perkara yang amat penting buat suami isteri. Kadangkala kita selaku manusia biasa memang ada buat silap. Jadi kenalah berkomunikasi dengan cara yang betul untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.